top of page

Menurut Kikuo Ibe, G-Shock tercipta kerana beliau bosan dengan masalah jam milik beliau yang cepat rosak apabila terjatuh lalu beliau terus memulakan penyelidikan pada tahun 1981.

 

Pada awalnya beliau bercadang menggunakan binaan dalaman yang lebih tahan lasak bagi memberikan ketahanan yang maksimum. Tetapi dalam ujian awal ianya gagal di mana prototaip jam dijatuhkan pada ketinggian 10 meter dan masih tidak mempunyai ketahanan maksimum yang di inginkannya

 

Akhirnya beliau mendapat ilham apabila melihat bagaimana bebola getah menganjal selepas terjatuh. Prototaip terus dihasilkan dan ternyata ianya mampu memenuhi keperluan TRIPLE TEN yang dikehendaki oleh Kikuo Ibe dan pasukannya. Apakah itu Triple Ten?

 

1. Tahan jatuh dari 10 meter.

2. Tahan tekanan air sehingga 10 bar.

 

3. Bateri yang tahan sehingga 10 tahun.

Selepas itu, jualan G-Shock mula melonjak pada dekad 90-an apabila remaja memerlukan jam yang sesuai dengan kegilaan mereka dalam aktiviti sukan lasak. Menurut Kikuo Ibe lagi, pihak Casio langsung tidak menyangka G-Shock boleh menjadi popular kerana ianya sebenarnya dijual dan dihasilkan untuk sektor pembinaan bukan untuk pasaran remaja. Dan lantaran itu, bagi memenuhi keperluan peminat G-Shock dari golongan wanita pula Casio mengeluarkan Baby-G pada tahun 1991.

G-Shock terus menjadi semakin lagendary pada tahun 1993. Pada tahun ini berlaku Battle of Mogadishu di Somalia. Insiden ini juga dikenali sebagai insiden Black Hawk Down. Pasukan elit Delta Force menggunakan G-Shock sebagai jam pilihan ketika melakukan operasi dan pada hari berdarah tersebut G-Shock yang dipakai askar-askar elit ini mampu berfungsi walaupun "in battle condition". Sejak dari hari itu anggota tentera dari cabang bukan elit pun mula menggunakan G-Shock kerana ianya satu-satunya jam yang boleh dikatakan "battle proven".

Cerita Di Sebalik Jam Getah

bottom of page